Kek Biasa / Cupcake
Wednesday, January 16, 2013 | 8:55 PM | 0 comments
Assalamualaikum , haii , nah , ni resepi yang atin dapat dari maktam atin , ROHANA BT AHMAD. so , sapa-sapa nak cuba , dipersilakan :)
*deco nih atin yang buat , hihi
Bahan-bahan
1.
Tepung 3 cawan
2.
Telur 5 biji
3.
Gula 1 ¾ (dimesin)
4.
Overlette satu sudu besar
5.
Baking powder satu sudu besar
6.
Majerin RM1
7.
Asen vanilla
Bahan-bahan toping
1.
Satu cooking chocolate
2.
Gula setengah cawan
3.
Overlette satu sudu
4.
Majerin satu cawan (berdasarkan patah
perkataan/corak yg hendak dilukis)
5.
Chocolate rice
Topping
1.
Cooking chocolate dipanaskan didalam periuk
(pastikan tiada setitik air) yang diletakkan di atas periuk yang lebih
besar(mengandungi air) dari periuk yang mengandungi cooking chocolate tadi.
2.
Kacau sehingga cooking chocolate tadi cair.
3.
(icesing) Pukul gula dan majerin sehingga putih.
Masukkan ke dalam plastik.
Cara- cara
1.
Gula dipukul dengan majerin sehingga putih dan
kembang.
2.
Tepung di ayak dengan baking powder 2/3 kali
3.
Masukkan telur secara sebiji-sebijik(5biji) ke
dalam majerin dan gula yang dah kembang .
4.
Masukkan asen vanilla.
5.
Masukkan overlette ke dalam adunan tadi.
6.
Tepung dimasukkan ke dalam adunan secara sedikit
demi sedikit.
7.
Periuk kukus dipanaskan dahulu. Biarkan air
mendidih.
8.
Jika mahu kek diwarnakan/perisa , masukkan
pewarna ke dalam adunan , kacau sehingga sebati. Masukkan adunan kek ke dalam
periuk kukus.
9.
Kukus sehingga masak, hias kek dgn bahan-bahan
topping. Siap J