KepadaMU
Thursday, January 9, 2014 | 8:24 PM | 0 comments
11:13am 10/1/2014AKU TAK MAMPU BERUBAH SEPENUHNYA TAPI AKU SEDANG MENCUBA
Assalamualaikum and happy new year untuk semua ;)
Okeyy , tajuk entry mcm pelik saja kan ? Why ? Kejap aku baru nak tulih so hang sabaq nah ?
Bukan nak bangga , bukan nak menunnjuk , bukan saja nak buat baik , bukan saja nak dipuji lps buat mcm nih , bukan nak kata aku pandai mengajaq org TAPI benda nih lah yang berlaku bila aku dah insaf , aku dah sedar. How ? Apa yang berlaku ? Okeyy , yang sebenarnya aku pon malu jugak nak habaq dekat semua org pasal nih. Tapi aku pasti ramai yang jadi mcm aku. And niat dan tujuan UTAMA aku post nih sebab aku nak org yang jadi mcm aku berubah ke jalan yang baik. Yess , lepas aku post mcm nih org akan tgk aku berubah mcm mana kan ? Tapi , jangan bersangka buruk dekat org. Kita taktau org tu berubah dari segi apa right ? Mungkin dari segi pakaian , tudung , seluaq , baju , cara bercakap , berjalan , gelak , bersembang dgn lelaki. So please please , jangan bersangka buruk.
Kita memang tak boleh mengubah prasangka buruk org terhadap kita namun kita boleh melatih diri kita supaya tidak bersangka buruk terhadap insan yang lainGet it ? Hmm :) Okeyy , apa yang aku dah buat and terjadi pada diri aku ? Okeyy , let me explain. Aku lupa perkara yang wajib aku buat yang telah diwajibkan ke atas diri aku sendiri. Apa ? Solat, yess solat. Aku lalai , aku lupa , aku bongkak. Dan kenapa aku jadi mcm nih ? Aku pon tak dapat explain. Cuba korang ingat , pernah tak dalam masa sebulan , korang rasa ada time yang korang rasa mcm malas nak solat , rasa berat jaa badan nak bergerak ke bilik ayaq ? Ada tak ? Perempuan maybe faham :) Aku rasa mcm tulah , rasa letih , malas nak ke bilik ayaq. Aku tinggal solat beberapa hari. Nak dijadikan cerita , time tu aku tgh berusaha mencari kerja untuk tanggung beban family aku. Why ? Abah masuk hospital sebab operation lutut. Then kami hanya bergantung kepada gaji BASIC abah. Demi membantu family aku , aku buat keputusan untuk tolong family aku dgn mencari kerja. Dan masa nilah aku letih , malas , badan jadi berat dan aku tak tunaikan solat. Walaupon aku selalu ingatkan dia tentang solat setiap kali masuk waktu namun aku tak pernah buat. Apa yang terjadi ? Ingat lah , sekali kita lupakanNYA plbagai masalah datang ke arah kita. Kenapa ? DUNIA ini hakmilik abadi ALLAH. Kenapa kita perlu angkuh , sombong dan tinggal solat hanya sebab kita mahu kejar dunia ? Tidak sedarkah kita yang dunia ini hak milikNYA ? Bila bila masa saja ALLAH boleh ambil dunia ini daripada kita. Sekaya mana , secantik mana , sehebat mana pon kita antara insan yang lain , ALLAH adalah segalanya. Bila kita lupa pada diriNYA, sedikit demi sedikit perkara yang kita sayang , kita mahu akan diambil balik. Kenapa ? ALLAH sayangkan hambaNYA dengan memberi pelbagai dugaan supaya kita KEMBALI kepadaNYA :) Setiap dugaan yang ALLAH beri kepada kita tidak lebih dari kemampuan diri kita. ALLAH tahu kita mampu hadapi dan kita akan sedar suatu masa yang kita telah silap dan tersalah arah. Yaaa , mungkin korang akan cakap yang korang dah lama tak sembahyang tapi tak ada apa kesan ? Beristighfarlah. Cuba korang renungkan apa yang telah diambil oleh ALLAH daripada korang ? Mungkin jugak ALLAH telah mengambil sepenuhnya kekayaan seseorang , kecantikkan seseorang , kehebatan seseorang , tak boleh fikir ka semua nih ? okeyy , apa yang terjadi lagi dekat aku lepas aku tak solat ? Aku dapat kerja tapi hanya dua hari why , sebab aku setuju nak kerja dekat restoran tapi aku taktau yang time dia melebihi waktu yang mama bagi :) So , now aku hanya duduk dirumah. Then , bila aku keluaq , aku rasa mcm ramai org dok perhati aku mcm aku ada buat salah , org cakap badan aku GEMUK , org cakap aku nampak TUA dan mcm MAK ORANG sebab aku pakai spek. Tapi aku tak penah kisah , alhamdulillah. Abah dapat bonus then abah buat spek nih untuk aku lps dia buat OT dekat tempat kerja. Korang boleh kutuk semahu-mahunya , aku hanya boleh kata. "Apa yang korang cakap dekat aku , ALLAH tahu , ALLAH dengaq dan one day mungkin aku atau orang lain yang akan kata balik dekat korang benda yang sama". So fikir-fikir kan lah yaa ? Masalah yang macam-macam aku lalui , malam malam aku tak boleh tidur lena , aku selalu terjaga selang 20minit lepastu. Aku juga selalu rasa yang ada something selalu tarik kaki aku time tidur , tidur aku jadi tak cukup , badan jadi letih , tak larat , semuanya berkait. Punca ? Hanya kerana aku lupa kepadaMU. Aku mula sedar perkara nih dan aku cuba solat. TAPI semasa aku tgh solat , aku rasa mcm dalam diri aku nih ada lagi sorang yang dok hasut aku , dok marah aku , dok kutuk aku. "Dia" mcm cakap yang aku buat semua nih hanya sebab aku dah insaf , aku buat semua nih lepas semua masalah yang byk , aku solat tak ikhlas , aku berlakon jaa bila aku menangis dlm solat. SEDANGKAN aku MEMANG nak solat , aku nak kembali kepadaNYA aku nak aku yang dulu. Tapi setiap kali aku solat , semua "cakap-cakap" nih mai. Bila aku menangis masa berdoa atau solat , "dia" akan cakap "Hang cuma berlakon , hang tak ikhlas , hang buat nih semua bersebab" aku hanya mampu menangis. Aku sendiri takut dgn "dia" bila aku solat sampai aku takut nak buat benda lain. Aku hanya mampu mengis tapi "dia" tetap mai cakap mcm tu. Demi ALLAH , aku memang nak solat , aku dah mula insaf dan mahu kembali kepadaNYA , dan menyesal aku tinggal solat dulu. Nampak tak kesan yang begitu mendalam dekat aku yang mungkin berlaku dekat korang. Semua nih aku hanya diamkan diri , mama pon tak tahu , apinn pon taktau , leha pon taktau , semua family aku taktau. cuma dia saja yang tau dan aku hanya boleh berkongsi dengan dia pasal semua nih. Hanya dia tempat aku luah segalanya. Dia nasihatkan aku supaya BERHENTI fikir yang bukan bukan dan kembalikan keyakinan yang dulu. "ALLAH test kita sebab ALLAH sayang kita". Then aku cuba lawan apa yang "dia" cakap. Aku kembalikan diri aku yang dulu sedikit demi sedikit. Aku tidak ambil peduli apa yang "dia" cakap and KEEP MOVIING FORWARD. Alhamdulillah , dengan izin ALLAH , aku berjaya kembalikan diri aku sedikit demi sedikit. Memang kadang-kadang bila aku nak tidur or buat something yang baik , "dia" akan cakap mcm mcm and apa aku buat ? Just senyum :) Memang bukan senang untuk aku lalui , sakit , takut , risau , letih , marah , menangis , stress jgn cakap lah , pening kepala. And nak tau ? Masa aku dok update blog nih pon "dia" cakap yang aku hanya nak buat baik. But for me , just keep on smilling :) Ingatlah , solat JANGAN tinggal walaupon sekali. Okeyy ? Yess , aku memang tak mampu lagi untuk berubah sepenuhnya macam org warak yang lain. Tudung labuh , berburdah , pakai stokin , gelak yang slow , pakai inner baju ,pakai baju yang sederhana *aku suka warna warni. Yess aku memang tak mampu lagi. Tapi one day insya_ALLAH. Aku pon teringin jugak :) Aku ? Haaa , bersembang dengan budak lelaki , melawak yang agak kasar , mengutuk org lain yang terlampau , seluaq yang agak ketat , kadang kadang terselak tgn , kaki nampak aurat , post dekat fb twt pasal ayat2 pelik mcm love cinta cintun , kutuk or what , tudung hanya sederhana , masih tak pakai stokin bila keluar sedangkan KAKI itu AURAT , gelak yang over , baju yang agak blink blink. That is aku. Aku memang manusia yang tak perfect. Aku tak layak menasihati org apatah lagi aku post pasal nih kan ? Tapi aku masih mencuba. Berubah dari segi solat. Mana tahu one day ALLAH bukak hati aku dan korang untuk berubah ke jalan yang baik right ? Memang lepas aku post nih korang akan perhati aku , heyy NOBODY PERFECT kan ? Kenapa perlu tgk aku ? Kenapa tak tgk diri korang dulu , right ? Bukankah bila korang tgk aku , akan timbulnya buruk sangka. Bukankah itu dosa ? Bukankah itu hanya akan menggelapkan hati korang , kan ? Aku post pasal nih sebab aku nak berubah dan harap aku boleh tolong korang yang mungkin ada masalah mcm aku nih dapat jugak berubah kan ? Insya_ALLAH. Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang tentukan. Kita usaha , ALLAH jayakan :) Apa yang kita buat , mesti ingat dalam hati yang semua ini hanya DEMI ALLAH SWT. Just buat apa yang korang rasa betul and jgn give up. Dulu masa korang baby , korang jatuh tapi korang tetap bangun balik kan ? Why tak gunakan masa lampau korang untuk dijadikan motivasi masa sekarang ? Mudah right ? Okeyy , aku rasa setakat ni dulu apa yang aku boleh update. Harap dapat membantu. Assalamualaikum :)
ALLAH sentiasa berada disamping kita. ALLAH tak pernah tinggalkan kita. Kenapa kita perlu tinggalkan dia ? Dunia ialah tempat untuk kita cari bekalan yang banyak untuk masa yang akan datang. Berubahlah sedikit demi sedikit. Jalan untuk ke syurga dipenuhi dgn pelbagai dugaan manakala jalan ke neraka dipenuhi dgn hiburan. Fikirkanlah. And kepada awak , thanks sebab kuatkan diri aku balik. Hanya ALLAH dapat membalas jasa awak.