KMPP
Tuesday, August 4, 2015 | 4:36 AM | 0 comments
Tuesday 6:39pm 4/8/15###Attention bukak lagu nih dulu sambil baca entries aku wehhh , baru feeling###
Assalamualaikum , haii :) Alhamdulillah , dah raya dah pon. Kuat makan kuat berak semua lah. HAHAHA sorry :P But its true right ? Dah makan byk2 takkan tak berak kot. Hihi. 18hb harituh ditakdirkan 1 Syawal. Alhamdulillah , happy sgt2 wehh. Sebab ? Sebab tahun nih aku raya puas sgt. Tak kalut mcm tahun lps nak isikan moment2 yg bermakna dlm hidup aku. Masa dkt KMPP dulu Yaa ALLAH tersangatlah seksa jiwa batin. Just a week for me to raya, and its burdening me. Unlike others , this year aku raya gila2 sbb aku tahu tahun depan tak mungkin mcm nih sbb study. 11hb nih result UPU akan keluaq. So dah rasa dah nak stay away dari family , nak rasa homesick semua. But deep inside aku bersyukur sbb aku tahu rancangan ALLAH adalah yg terbaik. Preparations ? Em tak lagi , hihi. Just trying to set up my mind first. Telling myself I'll be good somewhere and i wanna makes changes for myself , my family and Malaysia, In Shaa ALLAH :) Nak story pasal raya ka ? Em takyah lah. Sbb ada scene terasa hati. Dont bother lah, hahahahahahahahahahahaha. Nah kauu , gelak sgt. Hihi.
Back to title peps , actually aku rindu mmbe2 aku dkt kmpp dulu. Setahun mengajar aku erti berdikari , stand up for myself , erti kawan sebenar. Erti segalanya. And sekarang aku rindu depa. Haihh aku cuma boleh tau perkembangan depa melalui Wechat. Aku bukannya sombong taknak wc depa dulu or ws depa dulu. Tapi aku takut , takut cara aku sapa tegur say haii kpd depa mcm dulu dkt kmpp , depa takleh balas mcm dulu depa balas aku dkt kmpp. Mmg kami gila2 dkt kmpp. Tapi yg penting kami tak kacau org. Kami buat gila kami2 saja , endahkan apa org nak ckp. Boleh dikatakan kami nih budak NERD ah. HAHAHA kami panggil diri kami sendiri mcm tuh sbb dkt kmpp byk lagi budak2 yg cantik2 geng2 vogue semua. Hmm :') rindunya Yaa ALLAH. Mira Ain Izza Guna Aida Arina , hampa rindu aku dak weh ? :'( Sejujur hati aku , aku rindu hampa sgt2. Semoga apa yg hampa buat sekarang , diredhai ALLAH :)
NOR Amira binti Ahmad Fauzi , apa khabar kau sekarang ? Mesti tgh bercinta dgn Zahid kan ? Hihi , classmate and my roommate. Yes , kami rapat tapi ada jugak jurang antara tuh. Biasalah , bila classmate jadi roommate nih lain cara dia. Sbb ? Sbb kita tak boleh nak tegur dia sbb kita takut. Takut dia terasa dgn kita takut dia takleh terima teguran kita dan paling sedih takut dia jauh dari kita. Salah satu sbb aku selalu diam dlm bilik sbb aku pendam, pendam apa yg aku rasa. Tapi dlm jarak yg jauh tapi dekat aku selalu perhatikan dia. Pemikiran dia , sama mcm aku. Maksud aku dia tahu reaksi org and apa yg akan berlaku. Yes , dia budak pandai dan aku bangga bila aku bgtau org lain even though kadang2 aku buat muka sbb taknak lah dia nampak , nnt kembang pulak. Jemm aku nak layan dlm bilik nnt, hihi. Budak TOP 5 AKAUN kot dkt kmpp. Byk jasa dia untuk aku , dia ada time aku happy time aku sedih time aku nak kencing sbb ajak dia teman time aku nak hantar surat dkt HEP sbb nak balik awal kdg2 dia ada time aku nak balik rumah aku akan peluk dia. sbb aku tahu aku akan rindu dia walaupon sekejap. Yes kdg2 aku byk bengang dgn dia sbb mcm2 lah and aku dah maafkan dia. Biarlah memori hanya kekal memori , bukan untuk diungkit kan ? boleh dikatakan aku terlampau sayangkan dia sampai aku senang sgt terguris apa yg dia buat. Yes , tulah aku. Bila aku dah syg seseorang tuh , mmg cepat aku terasa hati. Maafkan aku Amira. Hee :) Hope hang maafkan aku nah apa yg kita buat sama2 :)
Wan Nur Ain binti Mustaffa , insan yang selalu ckp dkt aku "BE POSITIVE" abaikan apa org cakap. Just stay positive. Yes byk masalah aku kongsi dgn dia. Boleh dikatakan kami sgt rapat , pi mana semua sekali. Just bila aku balik rumah jaa dia akan ws aku sat. Hihi rindu aku lah apa lah kan ? HAHAHA Ain , aku tak boleh imagine hidup aku dkt kmpp tanpa hang weh,.Hang lah racun hanglah penawar. Aku sayang hang sgt2. Semoga ALLAH membalas semua jasa hang dkt aku. Rindu aku sedih aku semua aku luah dkt hang. Aku jadi terharu bila hang cakap "Ain nak jalan dgn Atin" masa dkt pasar malam yg kita pi tuh. Huhh , bertapa rindunya aku dgn hang ain. Gila2 kita bersama , kongsi cerita kita pasal result PSPM dkt family bersama sampai nak menangis time nak makan dkt kafe D kan ? HAHAHA , kita mmg tak betul. Yes , sgt tak betul. Ain , ingat lagi kan janji kau dkt aku ? Nak bgtau aku siapa boyfriend kau dkt aku ? Hihi , jangan lupa eh ?
Izza Sabrina binti Abd. Hamid , budak yang paling pelik aku pernah jumpa setakat nih. Ada ke patut makan nasi takdak kuah. Yaa Rabbi , first time aku tgk dia makan aku yang menkelan sbb takdak kuah doe. Nasi ayam , org makan dgn kuah , dia ? Nasi dgn ayam jer. Dia lah makcik dlm group kami , masa mula2 sem kami tak brp rapat sbb dia ada group yg perlu dijaga. Sem 2 baru kami start rapat and dia boleh bangun sendiri. Alhamdulillah , aku bangga dgn dia. Dia mampu bahagikan masa dia dgn kami , mg5 dan bf dia. Hihi , Dia budak paling over dlm group nih. Suara dia kalau terkejut ke mahal sgt ke dia akan "HAAAAAAAAA???!!!!!!!" Tudiaaa , panjang dan bergema satu kuliah. Heee , sorry izza. Aku tak tipu kan ? :P Aku suka sakat dia bila aku baru beli makanan. Ckp RM malah ke apa ke , tobat punya dia akan munculkan muka dia yang over terkejut tuh dgn reaksi dia dgn suara dia. HAHAHA , aku ingat muka dia sampai skrg. She's a strong girl , i know she is. And i believe that one day dia akan bgtahu aku yg dia dah kahwin. HAHAHAHAHAHA sbb dia sayang gilos dkt cun , kitorang acah2 suka dkt cun , mak aiii nangis doooeeee. HAHAHA , tulah senjata kitorang kalau dia buat hal. Hihi
GUNAsuntheri a/p Uthayakumar , an indian girl. Kawan yg aku rapat dkt kmpp sbb aku jadi BINI NO 2 dia selepas ain. Kiranya aku rampas dia dari ain lah nih. haa senang pendekkan cerita. Budak 4 flat nih , pandai gilos. Yang aku suka part dia ckp Penang sbb kat sana kami selalu ckp KL. Then muka dia mengantuk sambil main bulu mata dlm kelas. Tu yang epik and selalu aku tgk dia buat mcm tuh. Dia sangat baik sangat penyayang and paling penting dia sangat bermakna dlm hidup aku. Indian girl yg paling aku sayang dlm dunia nih. Dialah punca aku bukak mata terhadap layanan org Melayu especially LELAKI terhadap LELAKI INDIA. Thanks syg ? U masih ingat ke selimut kita ? HAHAHA , kegatalan u lah buat i jauh hati. Mungkin sbb bini no 1 u tak reti jaga u kan ? HAHAHA sorry :P U ingat tak lagi first time u nangis depan mata i ? Pasal folio BI ? HAHAHA , i terkejut cuak semua ada tapi i berlagak relax sbb i kena jaga u and kena jaga org lain. Takut diorang terasa. I sayang u guna , apa2 benda yg u buat i selalu nampak serious kan ? Tapi i terhibur dlm hati. Cuma lawak u kdg2 hambar HAHAHAHAHA sorry sayang. Tapi²izza dtg merampas dia dari aku , hmm. Keep studying until u get what u want okay ? I'll pray for u :) Always remember me okay ?
Aida Shahira , budak perempuan yang sangat humble sangat baik hati dan sangat blur. HAHAHA kalau part2 18yo u lah paling lembab nak pick up kan ? Loading jer memanjang , kitorang habis gelak baru u mcm "Ape ape?" Haihh lah aida , pening i dgn u. Tapi2 , u manja sama mcm i. U homesick u rasa apa yg i rasa. Perasaan kita sama , tapi2 i tak tunjuk dkt u part i nangis dkt u sbb i tak suka nampak lemah dpn mata2 org yg i sayang. Sorry syg , masa u nangis i tak ada dgn u. I mintak maaf ehh ? Aida , i tau u seorang yang manja , anak daddy anak mummy tapi deep inside i tahu u nak tunjuk dkt semua org yg u pon boleh berjaya kan ? I nampak apa yg u nak tunjuk cuma u tak kuat time tuh. Sbb tuh i lebih suka chatting sembang dgn u senyap2 sbb i tahu u akan luah perasaan u dkt i. Hihi , sorry syg. I bukan nak masuk campur hal u or what tapi i tak suka apa yg i rasa sedih u akan rasa. Sbb tuh i byk bagi hint advise dkt u. I nak u stay strong dgn apa yg u akan tempoh lagi lps nih. U boleh kan ?I buat semua nih sbb i nak keep u away dari rasa sedih yg i pernah rasa. I tak suka apa yg i lalui akan dilalui oleh org yg i sayang.
Arina Amni Anuar (TRIPPLE A) , segila namanya lah. HAHAHA , kitorang start kenal sbb dia dgn izza org pertama yg aku kenal masa first time aku masuk kelas. Bising wild gila. Haa tulah arina. Seorang yang baik hati , byk bercakap , byk tak betul otaknya. HAHAHA. Sem 2 baru kami start rapat dan baru aku kenal sapa dia disebalik nama nih. Dia humble dan caring. Dia suka mencuba sesuatu yang baru , suka mebaca novel cinta mcm Mira and dia sangat bermakna bagi aku. Heee :) Arina , kau kena kuat tau dlm apa yang kau buat. Yes kdg2 kau tak mampu nak bangun tapi ingat , aku sayangkan kau , ALLAH sayangkan kau. ALLAH taknak tgk kau sedih dan putus asa. Bangun dan lawan kayy sayang ? Aku tahu kau boleh. Persue your study and be a good accountant okay ? Loveyou sayang :)
Aida
Ain
Guna
Mira
Arina
Izza
Kami
Mereka
Terima kasih ALLAh untuk kurniakan mereka kepada hamba Mu ini. Kerana mereka , aku bahagia. Alhamdulillah :)